Wednesday, November 30, 2011

Contoh Set Induksi (Mikro Teaching)


Ini adalah salah satu contoh set induksi yang telah saya guna semasa sesi pengajaran saya dalam kelas. Ia boleh diperbaiki serta digunakan mengikut kebolehan guru sendiri serta murid-murid berdasarkan persekitaran.

Cadangan Aktiviti Set Induksi





Penerangan

  1. Murid akan dipaparkan gambar ayam jantan, ayam betina dan anak ayam.
  2. Murid akan diuji pengetahuan sedia ada mereka tentang perbezaan fizikal antara ayam jantan, ayam betina dan anak ayam.
  3. Murid akan diperdengarkan dengan bunyi 3 jenis bunyi dan meneka mana satu untuk ayam jantan, ayam betina dan juga anak ayam.

Cadangan Aktiviti Langkah 1



Penerangan

  1. Murid dikehendaki membaca petikan dialog dipaparkan dengan nada dan intonasi yang betul.
  2. Secara berkumpulan, Murid akan memilih dan menyusun cara-cara membina reban ayam mudah alih pada peta minda yang diberikan.

Cadangan Aktiviti Langkah 2




Penerangan
  1. Murid dikehendaki menyusun semula perkataan yang diberi supaya menjadi ayat yang betul berdasarkan gambar yang dipaparkan.
  2. Murid akan membina dan menulis ayat yang betul pada lembaran kerja yang diberikan.

Cadangan Penutup

Penerangan
  1. Murid akan  menari bersama-sama diiringi dengan muzik "chicken dance".